TUPPERWARE BRANDS MENGUBAH HIDUP KU | TUPPERWARE BRANDS CHANGED MY LIFE

Entri kali ini tasya ingin berkongsi tentang perubahan yang telah tasya lalui selepas menyertai Tupperware Brands sebagai pembantu ekonomi tasya…Jujur saya katakan, saya sangat bertuah kerana di pertemukan dengan perniagaan ini. Kerana saya memang peminat tegar Tupperware dari kecil lagi. jadi, bila ada peluang sebegini, memang tidak harus di lepaskan

Mula mendaftar sebagai ahli pada 07 December 2013,hanya dengan niat untuk mendapatkan diskaun 25% disetiap kali tasya memborong Tupperware..Tapi atas dorongan upline saya, saya terpanggil untuk menjana pendapatan sebab masa tu pun saya baru kahwin dan memerlukan perbelanjaan yang agak besar

Saya pun mula belajar selok belok perniagaan online dengan otai-otai yang sudh lama di dalam team saya, Team Power. Sungguh mereka tidak lokek memberikan ilmu dan nasihat berguna untuk saya sebagai orang baru.

Hampir 2 bulan saya mencuba, dan akhirnya sudah membuahkan hasil, dengan mendaftar 2 orang ahli di bawah team saya sendiri, iaitu Dream Catchers. Dan apabila sudah mempunyai 2 orang ahli sebagai syarat untuk rank-up ke level baru, iaitu Senior Consultant saya sudah pun layak mendapat komisyen pertama saya. Alhamdulillah !

Walaupun jumlahnya hanyalah RM 34.56, tapi saya bersyukur kerana usaha saya membuahkan hasil.

Tidak sampai disitu sahaja usaha saya, upline memujuk saya untuk menyertai cabaran yang dipanggil Director In Qualification (DIQ) sebagai langkah untuk rank-up ke level seterusnya, iaitu Director.

Apabila menyertai cabaran ini, apa yang harus dilakukan dalam tempoh 2 bulan ialah,

1 – mempunyai mimimum 15 orang active downline

2 – mempunyai jualan terkumpul team DIQ minimum MYR 14,000

3 – personal sales perlu lah MYR 500 setiap bulan

Tampak sukar cabaran tersebut, tapi dari cabaran inilah mengajar kita untuk membuat strategi bagaimana nak berjaya dalam cabaran DIQ ini. Disamping itu, kita sebagai upline boleh mula belajar untuk menjadi leader yang baik kepada anak-anak buah kita yang berada di dalam team.

Komisyen bulan pertama saya sebagai DIQ masih lagi 2 digit, iaitu RM 67.26. Alhamdulillah, itulah hasil usaha saya :)

Di bulan kedua, komisyen saya telah melonjak dari 2 angka kepada 3 angka, dan saya sudah berjaya cabaran DIQ dengan jumlah team sale sebanyak MYR 16,624 dan komisyen saya menjadi MYR 581.38. Alhamdulillah.

 Bertambah teruja, bila cek sampai di rumah dan clearkan sebab nak pakai wang:)

Kebiasaan nya, cek tupperware akan tiba pada 9 atau 10 hb dirumah, memang ada financial supporter tengah bulan kan best :)

 

Setelah bergelar director, pengiraan komisyen juga telah berubah, dari 3% menjadi 4% . Di tahap ini, bermula la tanggungjawab sebagai leader, memimpin dan memberi kan anak buah informasi secukupnya supaya mereka pula rank-up seperti kita.  Saya akan menghabiskan masa saya dengan mereka berhubung dengan applikasi Whatsapp..al maklum la, masing- masing duduk jauh, ada di Kota Bharu, ada di Taiping, ada di Kepala Batas nak tak nak perlu berhubung secara atas talian..Rakan -rakan team saya anda boleh berkenalan di sini

 

Makin bertambah komisyen saya makin teruja nak g deposit cek.. Alhamdulillah, saya sudah buktikan especially pada diri saya sendiri yang saya sebenarnya mampu lakukan!

Pada bulan September, saya telah melahirkan Director baru, saudari Nurlina bt Alias dan suami. Dan secara tidak lansung, saya telah pun rank-up kepada satu level lagi iaitu 1 Star Director. Alhamdulillah. Saya tidak menyangka, Tupperware memang membantu saya dan saya akan teruskan matlamat saya untuk membuka stokis sendiri kelak. Doakan saya ya :D

Terkini, di bulan Oktober, sekali lagi komisyen saya melonjak kepada 4 digit ! Itulah yang berlaku, dan saya yakin, saya bakal mendapat 5 digit pula. Yang penting, usaha, tawakkan, doa. Oh ya, perlu berdisiplin dan rajin ya! 

 

Anda diluar sana, saya benar benar mahu membantu anda supaya sama-sama mengubah taraf hidup kita. Mari sertai saya dan saya akan coach anda sehingga berjaya.

Boleh menghubungi saya melalui Whatsapp 014 6016258, PM saya di FB. Saya menanti anda ! 

 

Salam sejahtera buat semua pembaca ..

Selamat datang ke laman web saya.

InsyaAllah, saya akan berkongsi tentang produk Tupperware Brands yang terkini datangnya dari Malaysia.. Tidak ketinggalan juga tentang team Tupperware yang saya sertai bagi membina impian saya iaitu Team Power..

Pada first entri, saya ingin menceritakan tentang Team Power. bagaimana saya menyertai mereka

Kata orang tak cuba tak tahu..bila dah cuba, macam macam pengalaman yang kita lalui nanti..Semestinya rasa seronok yang kita mahu bila kita mencuba sesuatu yang baru dan mahu lihat hasilnya..

Pada asal Tasya sertai Tupperware ini tiada lah sebab lain, cuma nak beli harga murah..maklum la Tasya mempunyai latar belakang pendidikan Akaun/Finance jadi bila bab diskaun ni memang menarik minat la kan..Takkan la nak membazir beli barang yang harga dia RM 100 tapi kalau kita ahli, kita bayar RM 75 kita bazir kan RM25 kita..Sekali beli ye la bazir RM 25.. Tapi kalau selalu beli macam mana? Dari bazir RM 25 mungkin lagi banyak plak kos pembaziran.. Rugi rugi…hehe

Nak jadi cerita, Tasya mula berminat nak jana income pula bila upline tasya tunjukkan cek hasil dari bisnes Tupperware dia.. Haah kan nape aku tak buat juga? At least ade la side income..lagi kita memang menetap di Kota Raya Kuala Lumpur tahu saja la belanja harian macam mana.. Dari situ tasya ‘Watch and Learn’ apa yang sifu Tasya buat dalam mempromosikan perniagaan Tupperware didalam Legacy Team Power..

Memang bersyukur kerana menyertai Tupperware di bawah Team Power kerana orang orang lama banyak memberi tunjuk ajar. Walaupun kita bukan downline dia, tapi mereka tidak lokek berkongsi ilmu dan tips supaya kita sama sama berjaya. Kami banyak bertukar tukar pendapat, berhubungi melalui applikasi telefon Whatsapp. Disitu orang lama dan orang baru akan berkenalan dan berkomunikasi sebagai satu keluarga walaupun tidak semuanya kita pernah jumpa di luar..

Ini adalah sifu Tasya, nama timangan dia Syamputra. Orangnya sangat baik, first time jumpa Abg syam di Stokis Kelana Jaya terus dapat hadiah. Rasa macam dah lama kenal beliau. Padahal selama ini Tasya minta tunjuk ajar daripada dia, hanya melalui telefon dan Facebook saja. Agaknya itulah yang dinamakan kekeluargaan bersama #teampower.

pertama kali berjumpa abg syam di Stokis Kelana Jaya dapat hadiah iolls

Pelbagai aktiviti yang dijalankan bagi mengeratkan silaturrahim dan berkongsi cerita kejayaan dan motivasi. Kami akan meeting di stokis dan kemudiannya akan ada pembentangan idea dan tips untuk membina rangkaian, pengumuman tentang promosi terbaru serta penerangan tentang kegunaan produk Tupperware supaya kemudiannya kita dapat menerangkan pada customer kita kelak. Activiti Tasya nak share ini semasa bulan May yang lalu, bertempat di Stokis Aman Suria.

aktiviti belajar untuk wrap hamper bersama pakar

sebahagian dari ahli team yang hadir

balut kak jangan tak balut

Ok sudah. Sampai disini sahaja ya. InsyaAllah bakal menyusul entri tentang team saya untuk perkongsian semua